Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pearly Tan (kanan) kini memegang Rekod Dunia Guinnesss dengan pukulan “smash” paling laju. Foto Bernama.

Pearly Tan catat rekod dunia dengan pukulan ‘smash’ terlaju

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Pemain beregu utama wanita negara Pearly Tan kini memegang Rekod Dunia Guinnesss dengan pukulan “smash” paling laju.

Pearly-Thinaah cipta sejarah beregu wanita pertama juara Terbuka Perancis

Beliau mengukir namanya di dalam buku rekod dunia itu untuk Kategori Pukulan Badminton Terpantas (Wanita) dengan kelajuan 438 kilometer sejam (km/j), kata Persekutuan Badminton Dunia (WBF) dalam halaman media sosialnya hari ini. 

Rekod itu dicapai di sebuah gimnasium kilang Yonex Co. Ltd. di Saitama, Jepun pada 14 April lepas dan disahkan oleh hakim-hakim Rekod Dunia Guinness.  

Pukulan “smash” pemain berusia 23 tahun dari Kedah itu lebih laju daripada rekod kelajuan kereta Formula Satu (F1)  iaitu pada 372.6 km/j

Pearly yang bergandingan dengan M. Thinaah kini berada di ranking ke-11 dunia.

Baru semalam, kedua-dua mereka diumumkan sebagai Pasukan Wanita Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2022 selepas memenangi pingat emas Sukan Komanwel Birmingham dan Terbuka Perancis dalam tahun yang sama.

Sementara itu, pemain badminton India  Satwiksairaj Rankireddy memecahkan rekod pemain kebangsaan Tan Boon Heong dengan kelebihan 72 km/j dalam kategori lelaki, dengan pukulan “smash” menakjubkan pada kelajuan 565 km/j. 

Rekod seblum ini yang dicipta Boon Heong dengan kelajuan 493 km/j pada Mei 2013 di kilang Yonex yang sama.

Yonex dalam laman sesawangnya berkata saat-saat impak pukulan “smash” sebenar direkodkan menggunakan sebuah kamera berkelajuan tinggi.

“Halaju segera bulu tangkis selepas impak kemudian dikira daripada rakaman foto,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan