Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rombongan mengakhiri kembara di Kuching di Wisma Bapa Malaysia sebelum berhenti di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Foto: TVS

Konvoi Kembara Sarawak Merdeka tiba di Kuching

KUCHING, 18 Julai: Konvoi Kembara Sarawak Merdeka dari Kota Samarahan ke Kuching diteruskan hari ini bagiĀ melengkapkan jelajah sejak ia bermula di Limbang pada 28 Mei lalu.

Dengan penglibatan 25 kenderaan termasuk kereta dan motosikal berkuasa tinggi, rombongan itu mengakhiri kembara di Kuching di Wisma Bapa Malaysia sebelum berhenti di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Seterusnya konvoiĀ tiba di hadapan bangunan lama DUN Sarawak sekitar jam 2 petang selepas memulakan perjalanan dari Kota Samarahan yang turut disertai Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Gerald Rentap Jabu.

Terdahulu pada Sabtu, kembara sempena Sambutan Hari Sarawak Ke-60 itu diketuai Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menjelajah dari Serian ke Siburan.

Perjalanan itu kemudiannya diteruskan dari Siburan New Township ke Summer Mall Kota Samarahan.

Konvoi sempena ulang tahun Sarawak merdeka itu berlangsung selama 56 hari mulai 28 Mei hingga 22 Julai dengan jumlah jarak perjalanan 3,516 kilometer.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan