Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pengarah JBPM, Dato Abdul Wahab Mat Yassin (tengah) menyampaikan Pingat Perkhidmatan Bomba dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JBPM kepada penerima. Foto: TVS.

JBPM tunggu Kerajaan Sarawak luluskan tanah untuk bina pangkalan udara

KUCHING, 18 Julai: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih menunggu kelulusan daripada Kerajaan Sarawak bagi mendapatkan sebidang tanah untuk membina pangkalan udara jabatan itu di Kuching.

Ketua Pengarah JBPM, Dato Abdul Wahab Mat Yassin berkata, keperluan itu susulan rancangan jabatan tersebut untuk memindahkan pangkalan udaranya dari Miri ke Kuching.

Selain Kuching, JBPM juga menurut beliau turut merancang dan mempertimbangkan lokasi berdekatan kawasan lapangan terbang sedia ada untuk pembinaan pangkalan tersebut.

“Kita ada mempertimbangkan, dan berbincang dengan kerajaan negeri, mungkin kalau tidak dapat di Kuching, kita boleh bina di zon tengah Sarawak.

“Kalau dapat dipusatkan di Sibu (Pangkalan Udara Bomba) maknanya, operasi udara bomba itu boleh meliputi untuk seluruh Sarawak dengan lebih dekatlah.

“Itupun sudah kita bincangkan dengan kerajaan negeri iaitu kawasan tanah yang mana dulu kita akan peroleh tanah untuk pembinaan pangkalan tersebut,” kataya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Pingat Perkhidmatan Bomba dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JBPM di sini hari ini.

Menurut, Abdul Wahab, selain pangkalan udara di Sarawak, JBPM turut merancang untuk membina tiga lagi pangkalan sama iaitu zon timur dan zon selatan Semenanjung Malaysia serta satu lagi pangkalan di Sabah.

Beliau menjelaskan ketika ini, JBPM mempunyai tiga pangkalan udara iaitu di Pulau Pinang untuk zon utara dan di Subang untuk zon tengah serta di Sarawak yang turut memberikan perkhidmatan untuk Sabah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan