Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suasana aman dinikmati Malaysia turut menjadikan sebagai pilihan untuk pesara memilih negara ini sebagai lokasi mereka menetap di Asia. Foto Firdaus Ismail (TVS).

Suasana aman, kos hidup rendah faktor Malaysia jadi pilihan utama pesara di Asia

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 17 Julai: Keamanan yang dinikmati serta kos sara hidup yang rendah merupakan antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai tempat pilihan terbaik untuk bersara di Asia.

Felo Penyelidik di Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, walaupun Malaysia berdepan krisis politik namun perkara itu tidak menjejaskan keharmonian yang dikecapi sejak sekian lama.

Kata beliau, Malaysia juga masih mempunyai kedudukan yang baik di mata dunia dalam sektor pelancongan.

“Oleh itu, tidak hairan negara kita menjadi pilihan serta tempat selamat bagi pesara yang ingin menghabiskan sisa hidup mereka,” katanya kepada TVS.

Awang Azman mengulas artikel GoBankingRates baru – baru ini yang menyenaraikan Malaysia di tempat pertama dalam 10 tempat paling selamat untuk bersara di Asia dengan perbelanjaan kurang daripada US$2,000 sebulan.

Sementara itu, Pensyarah Kanan di Fakulti Ekonomi dan Peniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini berkata, di sebalik pelbagai cabaran diharungi Malaysia kebelakangan ini, negara ini tidak ‘hilang taring’ di mata pelancong dan pesara.

Kata beliau, keistimewaan Malaysia yang tidak terjejas termasuklah mampu menyediakan persekitaran yang kondusif.

“Hakikatnya, pesekitaran seperti ini tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Ini yang perlu kita kekalkan dan pertahankan agar kita dapat hidup aman dan sejahtera.

“Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan produktiviti dalam jangka masa panjang, yang mungkin boleh menyumbang kepada indikator tempat yang sesuai bagi bersara di Malaysia,” katanya.

Artikel berkenaan turut menyenaraikan Kuwait, Mongolia, Vietnam, Indonesia, Jordan, Kemboja, Oman, Cyprus dan Nepal di belakang Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan