Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SPRM Sabah menahan lima penjawat awam negeri kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu perpindahan melibatkan beberapa daerah di Sabah. Foto TVS.

SPRM Sabah tahan lima penjawat awam negeri buat tuntutan palsu RM61,000

ByBernama

KOTA KINABALU, 17 Julai: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan lima penjawat awam negeri kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu perpindahan melibatkan beberapa daerah di Sabah berjumlah kira-kira RM61,000. 

Menurut sumber, lima individu itu termasuk seorang wanita berusia antara 30 tahun hingga 50 tahun ditahan antara pukul 10 pagi hingga 12.30 tengahari ketika hadir di pejabat SPRM Sabah di sini hari ini.

“Kesemua suspek dipercayai mengemukakan penyata resit syarikat pengangkutan bagi tujuan pembayaran penghantaran barangan rumah dan kenderaan sedangkan perkhidmatan tersebut tidak pernah dilakukan,” menurut sumber berkenaan.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

Karunanithy berkata kesemua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut serta beberapa tangkapan lain juga mungkin akan dibuat dan lima individu itu akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu esok.

“Susulan daripada siasatan kes ini, pihak SPRM Sabah telah memberikan khidmat nasihat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah dengan mencadangkan beberapa penambahbaikan pekeliling perkhidmatan sistem dan prosedur berhubung tuntutan perpindahan di jabatan itu.

Beliau berkata kerajaan negeri Sabah juga telah menyambut baik khidmat nasihat dan kini dalam proses penambahbaikan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan