Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumpun Silat Sarawak (RSS) mahu mengadakan perjumpaan bersama menteri dan vendor yang terlibat dalam Kejohanan Silat Antarabangsa Premier Sarawak (SPISC) 2023 yang lalu. Foto: Fahmi Joyo (TVS)

RSS mahu adakan perjumpaan bersama menteri dan vendor

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 17 Julai: Rumpun Silat Sarawak (RSS) mahu mengadakan perjumpaan bersama menteri dan vendor yang terlibat dalam Kejohanan Silat Antarabangsa Premier Sarawak (SPISC) 2023 yang lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluar RSS, kemungkinan maklumat yang sampai kepada Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah adalah tidak tepat.

Penganjur SPISC 2023 perlu bertanggungjawab selesai pembayaran kepada vendor – Abdul Karim

Terdahulu, tular di laman sosial mengenai rintihan beberapa pihak yang mendakwa masih belum menerima bayaran daripada pihak penganjur sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, Abdul Karim berkata, Kerajaan Sarawak tidak bertanggungjawab dengan isu tersebut memandangkan peruntukan jutaan ringgit telah disalurkan kepada pihak penganjur.

Oleh hal demikian, pihak RSS berharap dapat mengadakan pertemuan dengan pihak kementerian yang terlibat bagi menyelesaikan isu tersebut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan