Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cryptocurrency Tether and Background Graph Statistic
Gambar hiasan. Foto: Envato

Peniaga rugi RM870,000 ditipu sindiket pelaburan kripto tidak wujud

ByTVS

IPOH, 17 Julai: Seorang peniaga bukan sahaja kempunan bergelar jutawan bahkan berputih mata apabila kerugian RM870,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Mangsa yang merupakan lelaki berusia 57 tahun itu terjerat selepas menerima mesej daripada seorang wanita menerusi aplikasi WhatsApp pada 24 Jun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, wanita itu telah meyakinkan mangsa akan mendapat keuntungan besar.

“Pada mulanya, mangsa hanya melaburkan RM5,000 dan mendapat keuntungan RM1,000 sebelum suspek meminta dia menambah pelaburan bagi mendapat untung yang lebih tinggi.

“Mangsa telah membuat transaksi mengirimkan wang secara dalam talian dan menerusi kaunter ke tiga akaun bank berjumlah RM870,000 dengan keuntungan yang dijanjikan sebanyak RM1.5 juta,” katanya dalam satu kanyataan hari ini.

Menurut Mohd. Yusri lagi, mangsa akhirnya menyedari ditipu dan membuat laporan polis semalam selepas suspek tidak melayan permintaannya untuk membuat pengeluaran pelaburan.

“Suspek memberi pelbagai alasan dan mangsa turut diminta membuat bayaran proses sebanyak 30 peratus daripada jumlah pengeluran.

“Sehingga kini mangsa tidak menerima sebarang keuntungan daripada pelaburan tersebut,” katanya lagi.

Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan