Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duta Besar Nepal ke Malaysia, TYT Dilli Raj Paudel ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Foto: Salasiah Safian (TVS)

Nepal dan Sarawak fokus kerjasama pertukaran budaya, perubahan iklim

BySalasiah Safian

KUCHING, 17 Julai: Nepal terus melangkah ke hadapan dengan menjalinkan kerjasama bersama Sarawak dalam pelbagai bidang khususnya budaya dan perubahan iklim.

Menurut Duta Besar Nepal ke Malaysia, TYT Dilli Raj Paudel, perkara tersebut adalah antara yang dibincang bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ya, ada beberapa perkara yang kami sebut seperti bagaimana kami dapat meluaskan lagi perdagangan dan bagaimana kita dapat bertukar-tukar budaya memandangkan kita masing-masing mempunyai budaya yang baik.

“Bukan itu sahaja, kita mungkin boleh bekerjasama dalam sektor perubahan iklim. Ia merupakan isu global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Menurut beliau, ini merupakan kunjungan sulung pihaknya ke Sarawak.

Bagaimanapun tambahnya, hubungan di antara Malaysia-Nepal sudah lama terjalin dalam pelbagai sektor termasuk sektor perburuhan.

Seiring dengan perubahan masa, beliau berpendapat bahawa hubungan dua hala ini perlu ditingkatkan agar ia dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan