Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching City FC tewas 1-2 di tangan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri malam tadi. Foto: Kuching City FC (Facebook).

Hilang momentum punca Kuching City FC tewas di tangan Perak

ByDayu Adruce

KUCHING, 17 Julai: Hilang momentum ketika perlawanan menyebabkan Kuching City FC tewas di tangan Perak 2-1 dalam saingan Liga Super yang berlangsung di Stadium Negeri, malam tadi.

Menurut Penolong Ketua Jurulatih Kuching City FC, Sulaiman Hussin, kebanyakan pemain tidak bermain seperti perlawanan yang terdahulu.

“Banyak kesilapan mudah dilakukan menyebabkan Perak menguasai perlawanan sehingga tamat masa penuh perlawanan,” ujarnya ketika ditemui media selepas perlawanan berakhir semalam.

Tambahnya lagi, usaha yang dilakukan pemain tidak mencukupi untuk mengalahkan pihak lawan.

Bagaimanapun, beliau bertanggungjawab ke atas kekalahan Kuching City FC dan tidak menyalahkan pemain sepenuhnya.

Justeru itu, pihaknya akan meneliti semula masalah yang dihadapi pemain dan akan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan sepanjang perlawanan tersebut.

Beliau berharap pemain-pemain akan lebih berusaha dan bekerja keras untuk memenangi perlawanan yang akan datang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan