Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah J-KOM Sarawak Mohamed Faizal Shah Ali. Foto: J-KOM Sarawak

Faizal dilantik sebagai Pengarah J-KOM Sarawak

BySaibi Gi

KUCHING, 17 Julai: Mohamed Faizal Shah Ali dilantik sebagai Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) berkuat kuasa hari ini.

Faizal, 44, sebelum ini merupakan Ketua Unit Pembangunan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Persekutuan, Sarawak.

Pejabat Premier Sarawak kemuka nama Pengarah J-KOM Sarawak awal minggu depan – Abdullah

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata beliau dimaklumkan lantikan berkenaan oleh Ketua Pengarah J-KOM, Jabatan Perdana Menteri Dato’ Dr Mohammad Agus Yusoff.

“Saya mengesahkan mengenai lantikan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pejabat Premier Sarawak kemuka nama Pengarah J-KOM Sarawak awal minggu depan – Abdullah

Faizal juga pernah bertugas sebagai Ketua Seksyen Komunikasi Strategik, Majlis Keselamatan Negara, Sarawak.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan memiliki Diploma Pengurusan Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (Intan). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan