Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penerjun negara, Enrique Maccartney Harold akan turun beraksi acara 10 meter seirama petang ini. Foto: Reuters

Dua penerjun Sarawak mara ke final kejohanan dunia

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 17 Julai: Dua penerjun Sarawak, Enrique Maccartney Harold dan Bertrand Rhodict Lises mara ke final acara terjun 10 meter lelaki seirama pada Kejohanan Akuatik Dunia di Fukuoka, Jepun.

Pasangan Malaysia itu menamatkan pusingan kelayakan pagi tadi di tempat ketujuh dengan memungut 367.8 mata.

Saya mahu menang pingat pada Sukan Asia – Enrique Maccartney

Dihubungi TVS, Enrique yang membuat penampilan pertamanya di pentas kejohanan dunia berkata, dia gembira kerana berjaya mara ke final.

“Saya berpuas hati dan akan membuat yang terbaik pada final petang ini yang akan berlangsung pada pukul 5 petang ini,” katanya.

Pasangan China, Jungjie Lian dan Hao Yang menduduki tempat teratas dengan 463.65 mata manakala gandingan Great Britian, Matthew Lew dan Noah Williams menamatkan aksi kelayakan di tempat kedua dengan catatan 429.18.

Wakil Mexico, Kevin Berlin Reyes dan Randal Willars Valdez turut mara di tempat ketiga.

Sebanyak 18 peserta mengambil bahagian dengan 12 terbaik mara ke akhir.

Ditanya sasaran petang ini, Enrique berkata, dia akan berusaha untuk menampilkan terjunan lebih kemas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan