KUALA LUMPUR, 17 Julai: Lembah Teknologi TinggiĀ Automotif Malaysia (AHTV) menawarkan peluang komersil serta rantaian bekalan yang luar biasa untuk pelabur automotif, selainĀ berpotensi menjadi hab bagi pasaran kenderaan elektrik (EV) Asia Pasifik yang dianggarkan bernilai US$778 bilion (US$1=RM4.53).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata AHTV bersedia menjadi hab, yangĀ mana profesional industri automotif boleh tinggal, bekerja dan membangunkan teknologi baharu yang akan digunakan dalam kenderaan generasi akan datang (NxGV), EV termasuk kenderaan cekap tenaga (EEV).
AHTV merupakan satu-satunya kluster automotif di Malaysia yang diiktiraf secara rasmi sebagai hab NxGV dan EEV.
Oleh itu, kerajaan sedang menawarkan pakej insentif yang menarik seperti pengecualian cukai untuk pembangunan tanah,Ā pembuatan alat ganti,Ā komponen serta penubuhan pusat penyelidikan dan institusi pendidikan.
āKami melihat AHTV mampu menjadi pemacu utama untuk pelabur automotif yang sedang mempertimbangkan bagi terus menjamin rantaian bekalan serantau atau global mereka.
āKami juga melihatnya sebagai pemain utama dalam meningkatkan sumbangan sektor automotif kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ) iaitu daripadaĀ RM64.5 bilion pada 2022 kepada RM104.2 bilion menjelang 2030,ā katanya pada Konvensyen Pelabur dan Vendor Global Proton 2023 di sini hari ini.
Tengku Zafrul berkata pasaran EV Asia Pasifik bernilai hampir US$230 bilion pada 2021 dan dijangka mencecah kira-kira US$778 bilion pada 2027, mewakili kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 19.1 peratus antara 2022 dan 2027.
Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia sudah pun menjadi hab pembuatan elektrik dan elektronik (E&E) utama di Asia Tenggara.Ā
āOleh itu, pembuat kereta serta pelabur automotif boleh memanfaatkan kapasiti ini dengan mudah untuk menjamin rantaian bekalan mereka dalam meningkatkan pengeluaran NxGV mereka.
āSubsektor komponen boleh dipermodalkan untuk memberi perkhidmatan kepada keseluruhan rantaian nilai automotifĀ daripada semikonduktor, sensor, elektronik automotif, penghantar, bateriĀ dan pemasangan kenderaan,ā katanya.
Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 (NIMP2030), yang dijangka dilancarkan pada Ogos iniĀ akan menyokong pertumbuhan selanjutnya sektor automotifĀ termasuk menggalakkan penggunaan NxGV, EEV dan EV.
Beliau juga menjelaskan kerajaan telah meningkatkan taraf Pasukan Petugas EVnya kepada Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan, jawatankuasa Kabinet yang merangkumi menteri berkaitan, seperti Menteri Pengangkutan dan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan.
Salah satu petunjuk prestasi utama jawatankuasa itu adalah untuk mempunyai 10,000 stesen pengecas EV di seluruh negara menjelang 2025, yang pastinya akan mengurangkan kebimbangan pemanduan pengguna selain menggalakkan lebih banyak pemilikan EV, kata Tengku Zafrul.Ā
āTambahan pula, elektrifikasi besar-besaran dalam sektor automotif termasuk industri pembuatan Malaysia adalah amat sesuai dengan amalan tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG) serta agenda sifar bersih, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga rantau ini.
āOleh itu, kami telah mula mendorong penembusan EV yang lebih tinggi di Malaysia serta menyasarkan sumbangan kenderaan elektrik (EV dan hibrid) sebanyak 15 peratus dalam jumlah volum industri (TIV) menjelang 2030Ā dan 38 peratus daripada TIV padaĀ 2040 ,ā katanya lagi.
Tengku Zafrul berkata pada 2022, industri automotif Malaysia mencapai rekod jualan dan meningkat sebanyak 41.6 peratus dari tahun ke tahun kepada 720,658 unit, berikutan permintaan tertahan selepas wabak.
Beliau menambah jualan kenderaan bagi enam bulan pertama 2023 menokok lagi 9.4 peratus dari tahun ke tahunĀ kepada hampir 363,000 unit.-TVS