Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly menempah slot secara merit ke Sukan Paralimpik 2024 selepas menjuarai kategori T20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris hari ini. Foto: Instagram Latif Romly.

Abdul Latif raih emas di Paris, layak ke Sukan Paralimpik 2024

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly menempah slot secara merit ke Sukan Paralimpik 2024 selepas menjuarai kategori T20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris hari ini.

Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang  meraih pingat perak acara lontar peluru kategori F20 (kecacatan intelektual), mengesahkan tempat pada Jumaat lepas.

Pada aksi final lompat jauh T20 berlangsung di Stadium Charlety, atlet berusia 26 tahun  itu melakukan lompatan sejauh 7.40 meter (m) pada percubaan kedua, mengatasi rekod kejohanan 7.39m yang dilakukan Ranki Oberai dari Belanda pada edisi Dubai 2019.

Abdul Latif mengulangi pencapaian pingat emas dimenanginya pada 2015 di Doha dan 2017 di London sebelum terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada 2019.

Pingat perak dimenangi Noah Vucsics dari Kanada yang melakukan 7.35m manakala Athanasios Prodromou dari Greece meraih gangsa dengan 7.12m.

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa membuat ketetapan bahawa empat atlet di kedudukan teratas pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan