Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof (dua kanan) memotong reben sebagai simbolik perasmian Stesen Penyelidikan Lapangan Lembaga Lada Malaysia (MPB) di Semengok, Padawan. Foto: TVS

Malaysia catat nilai eksport lada cecah RM54.5 juta hingga Mei

KUCHING, 16 Julai: Malaysia mencatatkan nilai eksport lada mencecah sehingga RM 54.5 juta dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadilah Yusof berkata, perolehan jumlah eksport itu merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi industri lada di negara ini.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata ketika ini Malaysia merupakan pengeluar lada kelima terbesar di dunia selepas Vietnam, Brazil, Indonesia dan India.

“Industri lada negara telah mencatatkan prestasi yang membanggakan dengan merekodkan nilai eksport sebanyak RM181.4 juta pada tahun 2022 berbanding RM153.5 juta pada tahun 2021 dan sehingga Mei 2023, nilai eksport lada negara direkodkan pada RM54.5 juta.

“Kementerian berharap agar momentum ini dapat terus dikekal walaupun kita sedar kedudukan ekonomi glabal dengan pelbagai sebabnya tidak menentu pada hari ini,” katanya pada Majlis Pelancaran Stesen Penyelidikan Lapangan Lembaga Lada Malaysia (MPB) di sini pada Sabtu.

Fadillah dalam pada itu turut mengingatkan penggiat industri lada agar mengutamakan aspek kemapanan dalam semua aspek operasi mereka.

Tegasnya salah satu cabaran utama untuk memasarkan produk komoditi khususnya ke pasaran eropah adalah produk tersebut perlu mempunyai sijil dan mematuhi peraturan berkaitan kemapanan industri terbabit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan