Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima terkorban akibat kejadian tanah runtuh dan banjir besar di Sumatera, Indonesia. FotoBPBD Sumatera Barat.

Lima terkorban akibat banjir dan tanah runtuh di Sumatera Barat

ByTVS

JAKARTA, 16 Julai: Badan Pengurusan Bencana Wilayah (BPBD) Sumatera Barat mengesahkan lima terkorban akibat banjir besar dan kejadian tanah runtuh yang berlaku sejak Jumaat lepas.

Menurut Ketua Bahagian Kesiapsiagaan BPBD Sumatera Barat, Rumainur SE, banjir yang mencecah kedalaman dua meter itu telah menenggelamkan lebih 1,000 rumah di tujuh daerah.

Kata beliau antara yang terjejas termasuklah Agam, Padang Pariaman, Kota Padang, Pariaman, Pasaman, Pantai Selatan dan Kepulauan Mentawai.

“Berhubung mangsa yang hilang, setakat ini pihak berkuasa telah menemukan empat mayat manakala seorang masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau menambah, pihaknya turut dibantu oleh tentera dan polis untuk memindahkan mangsa terjejas ke pusat pemindahan sementara.

“Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran hujan lebat kepada penduduk supaya mereka bersiap sedia,” katanya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan