Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri ketika menghadiri Majlis The Sepeda Amal Borneo 2023. Foto: TVS.

KPWKM cadang penambahbaikan prosedur sedia ada OSCC santuni mangsa jenayah seksual

KUCHING, 16 Julai: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) mencadangkan penambahbaikan terhadap prosedur sedia bagi membolehkan mangsa jenayah seksual menjalani pemeriksaan perubatan tanpa laporan polis terlebih dahulu.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, situasi itu mengambil kira masa kritikal bagi pengumpulan bukti dan trauma yang terpaksa dihadapi mangsa.

“Kami sarankan begitu kerana kadang-kadang kalau mangsa yang telah dirogol misalnya, dia minta pemeriksaan perubatan dahulu tetapi dia belum mahu membuat laporan polis disebabkan dia belum membuat keputusan itu.

“Perkara ini mungkin didorong perasaan malu atau trauma yang dihadapi oleh mangsa tersebut.

“Oleh kerana dia (mangsa) perlu membuat laporan dalam tempoh 72 jam selepas kejadian itu, jadi cadangan kita ialah membolehkan dia (mangsa) mendapat pemeriksaan perubatan terlebih dahulu dan laporan itu boleh dibuat kemudian,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelepasan The Sepeda Amal Borneo 2023 di sini, hari ini.

Menurut Nancy, berdasarkan prosedur sedia ada bagi kes jenayah seksual laporan polis diperlukan terlebih dahulu sebelum sebarang pemeriksaan perubatan termasuk bimbingan psikologi diberikan kepada mangsa.

Namun begitu, laporan polis terbabit boleh dibuat terus semasa mangsa menjalani pemeriksaan di Pusat Sehenti Krisis (OSCC) memandangkan kemudahan tersebut disediakan di pusat terbabit.

“Sebenarnya OSCC ini sangat memudahkan dan mungkin ketika kejadian itu terdapat kekeliruan komunikasi kerana apabila seseorang itu memaklumkan dia menjadi mangsa jenayah seksual seperti rogol, pemikirannya masih trauma dan belum boleh fokus sepenuhnya,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial mengenai kekecewaan seorang pengadu terhadap perkhidmatan di OSCC yang mendakwa mangsa rogol dinafikan pemeriksaan perubatan tanpa membuat laporan polis.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak kemudiannya turut mengeluarkan kenyataan mengatakan tindakan tersebut selari dengan prosedur yang mangsa telah diberikan penerangan berkaitan prosedur pemeriksaan, kepentingan membuat laporan polis serta kebenaran bertulis daripada pegawai perubatan bertugas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan