Kenaikan kos pembinaan rumah tidak didorong oleh harga simen, tetapi bergantung kepada harga purata bagi komoditi-komoditi lain. Foto: Envato

Harga simen bukan faktor penentu kos bina rumah meningkat – SHEDA

ByAmirah Shawel

KUCHING, 16 Julai: Kenaikan kos pembinaan rumah tidak didorong oleh harga simen, tetapi bergantung kepada harga purata bagi komoditi-komoditi lain.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA), Augustine Wong berkata, peningkatan kos pembinaan rumah adalah ditentukan input bahan seperti kos tanah, bar keluli, kadar faedah dan kos buruh.

“Simen hanyalah salah satu input bahan untuk membina rumah,” katanya ketika dihubungi TVS.

Terdahulu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memaklumkan permintaan terhadap simen di Sarawak meningkat bagi melaksanakan 960 projek di pelbagai peringkat yang memerlukan bahan terbabit.

Ini adalah termasuk pelaksanaan projek-projek rakyat.

Meskipun begitu, negeri ini hanya memiliki satu pembekal simen sahaja dan tidak dapat menampung permintaan yang tinggi di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan