Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof (dua kanan) melihat benih-benih lada yang terdapat di Stesen Penyelidikan Lapangan Lembaga Lada Malaysia (MPB) di Semenggok, Padawan. Foto: TVS

DAKN 2030 bantu pastikan sektor agrikomoditi miliki daya saing global – Fadillah

KUCHING, 16 Julai: Aspek kemampanan dan peningkatan jumlah pengeluran semua sektor agrikomoditi termasuk industri lada menjadi antara fokus utama dalam Dasar Agrikomoditi Negara (DAKN) 2030 bagi memastikan negara sentiasa mempunyai daya saing untuk terus menjadi antara pemain utama dalam sektor tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelbagai peraturan yang dikenakan ke atas sektor agrikomoditi khusus di benua Eropah menjadi cabaran besar untuk Malaysia memasarkan produk perladangannya.

Katanya, bagi mendepani cabaran itu pelbagai inisiatif dilaksanakan kerajaan untuk membantu pemain dalam industri agrikomoditi ini untuk lebih lestari sesuai kehendak pasaran global.

“Menerusi penggunaan kaedah sains dan teknologi sama ada Internet of Thing (IOT) ataupun apa saja kaedah yang boleh memudahkan proses penanaman dan juga penuaian hasilan tanaman kita.

“Sudah pasti juga untuk proses sesudah dituai bagaimana kita hendak memastikan proses tersebut agar kualiti dapat dikekalkan, ini akhirnya apabila produk akhiran yang kita keluarkan itu ia pastinya akan mendapat pasaran gred harga yang lebih baik lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Stesen Penyelidikan Lapangan Lembaga Lada Malaysia (MPB) di sini, semalam.

Fadillah berkata, kenaikan harga input pertanian seperti baja dan racun berbanding harga komoditi yang tidak stabil memberikan impak negatif terhadap jumlah penghasilan komoditi terlibat.

Katanya, selain memastikan kestabilan rantaian nilai komoditi tersebut, nasib pekebun-pekebun kecil juga turut dibela menerusi pelbagai insiatif skim-skim bantuan bagi mengurangkan dan menyerap kesan daripada peningkatan kos input pertanian terbabit.

Inisiatif itu bukan sahaja dapat membantu dalam meningkatkan hasil malah turut membantu dalam memastikan pendapatan pekebun-pekebun kecil sentiasa terjamin. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan