Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah ranap akibat ribut di Kampung Tengah Beladin, Saratok. Foto: Balai Bomba dan Penyelamat Saratok

Atap rumah terbang, 40 mangsa angin kencang di Beladin tumpang berteduh di rumah saudara

ByAmirah Shawel

BELADIN, 16 Julai: Seramai 40 orang mangsa termasuk sembilan orang kanak-kanak terpaksa menumpang sementara di rumah saudara dan jiran selepas angin kencang dan hujan lebat pagi tadi, mengakibatkan sekurang-kurangnya 12 buah rumah di Kampung Tengah Beladin mengalami kerosakan.

Bencana itu turut menyaksikan atap rumah diterbangkan angin, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, pihak Kawalan Balai Saratok menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu jam 6.30 pagi.

Sepasukan tiga anggota Balai Bomba dan Penyelamat Saratok diketuai PBK II Nasir Drahman digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

“Sebanyak 12 buah rumah sebahagiannya mengalami kerosakan membabitkan atap rumah yang diterbangkan angin.

“Bagaimanapun kejadian tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan hari ini.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan