KUCHING, 16 Julai: Dua lelaki termasuk seorang wanita maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki terbabas lalu merempuh pokok di Jalan Deshon di sini, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.34 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah ke lokasi kejadian. Â
“Ketika tiba di lokasi kejadian, didapati terdapat empat orang mangsa masih tersepit di dalam kenderaan tersebut. Â
“Kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas dan pengusung,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, seorang mangsa dilaporkan dalam keadaan separa sedar dan cedera parah telah diberikan rawatan awal dan di hantar ke hospital oleh ambulans.
“Tiga lagi mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” ujarnya.
 Setelah memastikan keadaan selamat dan terkawal pasukan bomba bertolak balik ke balai. -TVSÂ