Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dianggarkan 12 buah rumah di Kampung Hulu Tengah, Beladin, terjejas akibat dilanda ribut. Foto: Bomba

12 rumah rosak dipukul ribut di Beladin

BySafri Ali

BELADIN, 16 Julai: Dianggarkan 12 buah rumah di Kampung Hulu Tengah, Beladin, terjejas akibat dilanda ribut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, kawalan Balai Saratok menerima panggilan kecemasan berhubung kes itu jam 6.30 pagi tadi.

Keadaan rumah yang rosak akibat dilanda ribut. Foto: Bomba

“Maklumat awal dari Ketua Kaum, anggaran yang terjejas ialah sebanyak 12 buah rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, penduduk yang terlibat menumpang sementara di rumah saudara dan jiran buat masa ini.

“Bagaimanapun, kejadian ini tiada melibatkan sebarang kecederaan mangsa.

“Pihak bomba masih dalam perjalanan ke lokasi kejadian laluan jalan raya utama dan laluan air menggunakan feri mengambil masa 1 jam 30 minit ke tempat kejadian,” ujarnya.

Berita lanjut menyusul. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan