Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas (tengah) ketika melakukan lawatan kerja di laluan bulatan berhampiran Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS).

Projek naik taraf lima bulatan laluan Kuching – Kota Samarahan siap menjelang Oktober

ByHafeezzur Muzamir

KOTA SAMARAHAN, 15 Julai: Projek menaik taraf lima bulatan sepanjang laluan Kuching – Kota samarahan bakal siap sepenuhnya pada Oktober tahun ini, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata, projek berkenaan yang dahulunya mengalami kelewatan sejak 2017, kini 58 peratus mendahului jadual asal.

“Kita sangat gembira dengan kemajuan yang kita lihat iaitu 58 peratus mendahului  jadual. Saya tanya kontraktor, kalau mereka boleh melakukannya, mengapa kontraktor lain mengalami banyak masalah sehingga ada projek sakit.

Projek naik taraf lima bulatan siap menjelang Oktober.

“Kontraktor lain mungkin kena belajar daripada mereka dan JKR pun kena kaji macam mana kontraktor ni berjaya buat kerja ke hadapan, maklumlah projek ni tertangguh sejak 2017 lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di laluan bulatan berhampiran Pusat Jantung Sarawak, Kota Samarahan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Datuk Peter Minos dan Pengarah Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS), Zafrin Zakariah.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak berkata, projek naik taraf itu perlu disiapkan pada Oktober disebabkan ia kritikal kepada projek Transit Aliran Autonomi (ART).

“Pada masa yang sama kita ada projek ART yang dilaksanakan oleh Sarawak Metro, kita sudah berbincang dengan mereka kerana kira-kira tiga kilometer dari laluan ini melibatkan laluan ART.

“Setelah projek naik taraf itu siap, median laluan untuk ART dalam 3.3 kilometer ini pun dikategorikan sudah siap,” katanya.

Uggah menambah, apabila siapnya projek naik taraf itu pada Oktober, ia akan membolehkan prototaip ART menjalani ujian di laluan berkenaan pada November tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan