Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa berusia 19 tahun melakukan 13 kali pindahan wang ke dalam enam akaun tempatan pada 8 hingga 13 Julai untuk bagi tujuan pemprosesan pinjaman yang diminta suspek. Foto hiasan: Envato

Pelayan kedai rugi RM17,620 diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud

SIBU, 15 Julai: Seorang pelayan kedai kerugian RM17,620 setelah diperdaya sindiket pemberi pinjaman tidak wujud dalam talian.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisen (ACP) Zulkipli Suhaili berkata mangsa berusia 19 tahun memindahkan wang sebanyak 13 kali ke dalam enam akaun tempatan pada 8 hingga 13 Julai untuk tujuan pemprosesan pinjaman yang diminta suspek.

Menurut Zulkipli, kejadian bermula pada 6 Julai lalu apabila mangsa menekan satu pautan melalui aplikasi Google berkenaan pinjaman wang daripada B.M Credit Sdn Bhd.

“Mangsa telah berhubung melalui aplikasi WhatsApp dengan suspek bagi urusan pinjaman wang sebanyak RM20,000 dengan bayaran bulanan RM386.67 selama lima tahun dan mangsa setuju dengan terma dan syarat pinjaman tersebut.

“Selepas kesemua transaksi pindahan wang dilakukan suspek masih meminta wang daripada mangsa namun mangsa enggan kerana wang pinjaman itu belum dikreditkan ke dalam akaun mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Portal, aplikasi ‘SEMAK MULE’ kesan taktik scammer pindah wang

Tambah Zulkipoli mangsa yang mula dan curiga menyedari dirinya telah terpedaya bertindak membuat laporan polis pada 14 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Sebagai langkah pencegahan, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan iklan-iklan promosi pinjaman wang dengan kadar faedah yang rendah, proses permohonan pinjaman yang cepat tanpa syarat yang ketat atau tanpa memerlukan sebarang penjamin di media sosial seperti di Facebook, WhatsApp, WeChat dan sebagainya.

“Jangan membuat sebarang bayaran pendahuluan. Semua bayaran yang dikenakan akan ditolak atau dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman keseluruhan,” tegasnya.

Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan ikuti laman facebook @CyberCrimeAlertRMP @JSJKPDRM. Buat juga semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan