Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Fadillah Yusof ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Kebangsaan Shell LiveWIRE di Kuching hari ini. Foto: TVS

PDP-PSB: Fadillah tidak pasti perbincangan dibuat dalam Mesyuarat GPS malam ini

ByDouglas Elliot

KUCHING, 15 Julai: Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan ketidakpastian sama ada Mesyuarat GPS malam ini akan membincangkan mengenai kerjasama antara Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) atau sebaliknya.

Jelasnya, perkara itu terpulang kepada budi bicara Majlis Tertinggi GPS yang akan dipengerusikan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Terdahulu, dalam temu bual bersama sebuah akhbar tempatan pada Jumaat, Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) secara peribadi berkata, kerjasama antara PDP dan PSB dilihat sebagai langkah baik dari segi konteks kestabilan negeri dan negara.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan akan membuat keputusan mengenai peranan parti tersebut dalam membantu Kerajaan Perpaduan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.

“Malam nanti kita akan melihat apakah keperluan di peringkat parti yang bertanding, khususnya (mewakili) Kerajaan Perpaduan.

“Sekiranya memerlukan saya untuk terlibat secara langsung, saya bersedia melakukannya atas arahan Premier Sarawak,” katanya ketika menghadiri Majlis Penganugerahan Kebangsaan Shell LiveWIRE di sini, hari ini.

Tambahnya, menteri-menteri GPS yang memegang jawatan di peringkat Persekutuan telah mengadakan persefahaman dengan Kerajaan Perpaduan untuk terlibat dalam program kementerian masing-masing sepanjang PRN.

“Apa yang penting sekarang adalah kestabilan dan hanya perpaduan akan menjamin kestabilan dan kemakmuran,” katanya.

PRN di enam negeri melibatkan Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan, dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan