Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin (tengah, baju puith) merakam kenangan selepas gimik perasmian Miri Bike Week. Foto: TVS

Miri Bike Week kembali pada 31 Ogos ini di Coco Cabana

Miri, 15 Julai: Miri Bike Week bakal kembali lagi bermula pada 31 Ogos hingga 3 September di Coco Cabana di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin optimis penganjuran acara berkenaan akan menjadi platform dalam usaha menarik ramai pemilik dan peminat sukan permotoran untuk datang ke bandar raya ini.

“Miri Bike Week adalah salah satu acara yang boleh menarik ramai peminat dan pemilik motorsikal yang ingin menunjukkan motorsikal mereka, mereka boleh datang bersama dan menyertainya.

“Saya berharap untuk Miri Bike Week tahun ini yang akan bermula pada 31 Ogos hingga 3 September akan mendapat sambutan yang lebih meriah berbanding tahun-tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pelancaran Ulangtahun Ke-10 Sempena Miri Bike Week 2023 di Coco Cabana di sini pada Sabtu.

Menteri Pengangkutan Sarawak itu juga melihat acara tersebut akan menjadikan Miri sebagai bandar raya pesta dengan kehadiran para pelawat dan pelancong bukan sahaja sekali gus merangsang sektor pelancongan di sini.

“Kita mahu Bandaraya Miri sebagai satu bandaraya pesta dengan pelbagai perayaan, aktiviti sukan, kebudayaan dan sebagainya….Kita mahu pelawat dan pelancong rasa seronok bila sampai ke sini, itu yang penting.

“Apabila pelawat rasa seronok, mereka akan datang balik. Mereka rasa cukup seronok dengan pelbagai aktiviti ada seperti motor, kebudayaan, pesta dan sebagainya,” ujarnya.

Program Miri Bike Week anjuran Kelab Sukan Bermotor Promin Jaya Miri itu juga diyakini beliau bukan sahaja menarik minat para peminatnya di Miri bahkan bandar raya itu akan dibanjiri peminat motor dari seluruh Sarawak, termasuk Sabah, Brunei dan Indonesia.

Pada masa sama beliau juga menasihati para peminat sukan permotoran agar mengutamakan keselamatan jalan raya, tidak jadikan jalan raya sebagai tempat berlumba, dan tidak mengubah kenderaan selain daripada spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang boleh mengancam keselamatan sendiri dan orang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan