MIRI, 15 Julai: Kampung Long Bemang dan sekitarnya dilaporkan mula dinaiki air hari ini, menurut Angkatan Pertahanan Awam Sarawak (APM).
Anggota Sukarelawan Pertahanan Awam (ASPA) Daerah Telang Usan Pbt. (PA) Nurshahrin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung bencana itu kira-kira jam 3:30 petang tadi.
âAntara kawasan yang terjejas dengan banjir ialah Kampung Long Bemang, Sekolah Rendah (SK) Long Bemang dan Klinik Kesihatan Long Bemang.
âParas air di Kampung Long Bemang lebih kurang dua kaki manakala Klinik Kesihatan dan Sekolah Rendah Long Bemang telah dinaiki lebih kurang tiga kaki.â katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sejak 10 Julai lalu, kampung tersebut mula dinaiki air disebabkan hujan berterusan sehingga menjejaskan beberapa kawasan yang rendah. – TVS