KUCHING. 15 Julai: Atlet May Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo sekali lagi melakar sejarah apabila meraih kemenangan ketiga dalam ONE Championship di Thailand, pada Jumaat.
Jojo, 16, yang mewakili Kelab Muay Thai Rentap menumbangkan lawannya, Samurai dari Thailand dalam pertarungan Flyweight Muay Thai.
Remaja Muay Thai Malaysia impi raih kontrak, tali pinggang ONE Championship
Dalam pada itu, rakan senegara Kabilan Jelevan telah menundukkan Sulaiman dari Myanmar.
Jojo ketika dihubungi sebentar tadi berkata, beliau akan mengulas mengenai kemenangannya dalam masa terdekat.
Pukulan K.O Johan Ghazali tumbang lawan dalam ONE Championship di Thailand
Terdahulu pada debut ONE Championship, Jojo berjaya mencuri perhatian apabila menumbangkan lawan pukulan ‘knockout’ (K.O) menewaskan Padetsuk Fairtex dalam masa 16 saat pada Februari lalu.
Remaja Muay Thai Malaysia impi raih kontrak, tali pinggang ONE Championship
Bintang muda Malaysia itu sebelum ini juga berjaya menarik perhatian penonton apabila melepaskan KO terhadap lawannya, Tai Sor Jor Piek Uthai, 24, juara dunia Muay Thai dua kali di Stadium Lumpinee pada 29 Mei lalu. – TVS