Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi GPS pada malam ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Jentera GPS tidak bantu kempen PRN di enam negeri – Abang Johari

ByKuan Thai Far

KUCHING, 15 Julai: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan menghantar jentera bagi membantu pilihan raya di enam negeri di Semenanjung Malaysia yang akan berlangsung pada 12 Ogos depan.

Pengerusinya, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata walau bagaimanapun GPS sebagai ahli komponen parti dalam Kerajaan Perpaduan akan melaksanakan tanggungjawabnya menyokong rakan parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Jentera GPS tidak terbabit secara langsung.

Menurutnya GPS yang akan diwakili lima menteri dan tujuh timbalan menteri di peringkat Persekutuan bersedia menyokong dan membantu  calon serta parti komponen yang bertanding.

“Itulah tanggungjawab kita sebagai komponen parti,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi GPS di BCCK di sini, pada Sabtu.

Sementara itu, Premier Sarawak itu turut mendedahkan mesyuarat pada malam ini turut memutuskan untuk memberi ‘green light’ (lampu hijau) kepada kerjasama Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) sekiranya memorandum persefahaman (MoU) antara dua parti itu berdasarkan niat yang baik.

Tegas beliau, kerjasama tersebut tidak memutuskan bahawa PSB menjadi salah satu ahli komponen GPS.

“Jika niatnya adalah baik, kita bagi (setuju) mereka meneruskan kerjasama mereka. Akan tetapi, PSB bukan ahli komponen GPS, itulah pendirian kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, Abang Johari mengulangi pendirian GPS yang mementingkan kestabilan dan perpaduan yang kukuh sekali gus menjadikan Sarawak terkenal dengan keharmoniannya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan