Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Rosey Yunus menyerahkan cenderamata kepada Pengurus Besar SeDidik, Ayubdahari pada Kursus Induksi SeDidik 2023 di Raia Hotel and Convention Centre Kuching pada Jumaat. Foto: TVS

Warga SeDidik diingatkan patuhi etika kerja – Rosey

KUCHING, 14 Julai: SeDidik akan terus memastikan warga kerjanya patuh serta memahami etika kerja dalam tugasan seharian, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Rosey Yunus.

Menurutnya warga kerja dan kakitangan SeDidik harus memahami garis panduan kerja seiring dengan misi dan visi.

“Peserta kursus diberikan penerangan mengenai dengan skop bidang tugas utama semua sektor bahagian dan unit termasuklah penerangan tentang dengan visi dan misi SeDidik.

“Saya juga ingin menekankan kepentingan dan kewajipan bagi kakitangan yang baru berkhidmat untuk mematuhi setiap peraturan dan arahan yang telah digariskan oleh SeDidik atau agensi yang berkaitan sama ada ia berbentuk Manual Operasi Syarikat (MO) ataupun arahan-arahan lain seperti pekeliling-pekeliling dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Induksi SeDidik 2023 siri pertama di Raia Hotel and Convention Centre Kuching pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau berharap warga kerja SeDidik terus komited memberikan perkhidmatan yang terbaik selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Saya juga menyeru kepada semua kakitangan yang baru khususnya agar sentiasa berkhidmat dgn tekun dan komited dengan tugasan masing-masing dengan memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti tinggi.

“Selain itu, kakitangan juga perlu sentiasa berusaha dengan gigih dan dinamik bagi membantu kementerian utk mencapai indeks prestasi utama (KPI) masing-masing selaras dengan PCDS 2030,” ujarnya.

Terdahulu, Kursus Induksi SeDidik pada kali ini melibatkan seramai 82 orang peserta dari zon Kuching, Betong dan Mukah.

Turut hadir sama Pengurus Besar SeDidik, Ayubdahari.

Untuk rekod, SeDidik merupakan sebuah agensi Kerajaan Negeri Sarawak di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) yang sehingga kini mempunyai sebanyak 98 buah pusat tadika taska SeDidik yang beroperasi di luar bandar.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan