Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pengurus projek berputih mata apabila rugi hampir RM400,000 ditipu sindiket Phone Scam.Foto: Envato

Ibu tunggal rugi RM113,850 dijerat sindiket ‘phone scam’

IPOH, 14 Julai: Seorang pesara kerajaan berputih mata setelah wang simpanan di dalam akaun banknya berjumlah RM113,850 lesap dipercayai akibat ditipu sindiket ‘phone ccam’.

Wanita berusia 67 tahun itu yang juga seorang ibu tunggal mula terjerat dalam penipuan itu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki kononnya wakil syarikat penghantaran pada awal bulan lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa yang membuat laporan polis semalam mendakwa suspek terbabit memaklumkan terdapat bungkusan yang mengandungi kad pengenalan mangsa yang dikirim ke satu alamat di Perlis yang tiada penghuni.

Menurut beliau suspek memaklumkan bungkusan itu kemudiannya dihantar ke balai polis sebelum suspek kedua mendakwa dirinya pegawai polis telah memberitahu mangsa bahawa dia terlibat dalam kes pengubahan wang haram dan dadah.

“Kemudiannya panggilan disambungkan kepada suspek ketiga yang menggelarkan dirinya (berpangkat) Datuk sambil memaklumkan agar suspek memberi kerjasama supaya tidak ditangkap.

“Mangsa kemudiannya diarahkan mendedahkan maklumat akaun bank miliknya untuk tujuan siasatan dan bagi mengelak akaunnya dibekukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, akibat ketakutan, mangsa telah mendedahkan maklumat tersebut selain memindahkan kesemua wangnya ke dalam satu akaun Bank Islam yang baru dibuka seperti diarahkan suspek.

“Mangsa telah memindahkan wang RM101,887.50 ke dalam akaun itu selain mendepostikan RM10,900 kepada akuan bank CIMB yang diberikan suspek.

“Dia juga mendedahkan maklumat akaun Bank Islam di dalam aplikasi Bank Negara Malaysia yang dimuat turun di telefon pintarnya,” katanya lagi.

Tambah Mohd Yusri, wanita itu yang membuat semakan di bank semalam mendapati wang di dalam akaun Bank Islam telah dipindahkan menerusi lapan transaksi sebanyak RM102,950 ke tiga akaun yang tidak diketahui pada 12 Jun lalu.

“Mangsa akhirnya menyedari ditipu selepas suspek gagal dihubungi dan dia mengalami kerugian berjumlah RM113,850.

“Kes itu disiasat mengikut Sekseyn 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan