Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Azhar (tiga dari kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar cemerlang STPM 2022. Foto: TVS

STPM 2022: Sarawak catat peningkatan, 147 calon seluruh negeri capai PNGK 4.00

SIBU, 13 Julai: Sarawak mencatatkan peningkatan dengan 147 calon mendapat 4.00 Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang sempurna dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2022.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Datu Dr Azhar Ahmad berkata keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 1.02 peratus berbanding hanya 95 (1.69 peratus) calon yang memperoleh keputusan serupa dalam peperiksaan STPM 2021.

“Selain itu, seramai 1,922 calon atau 35.42 peratus memperoleh PNGK 3.00 dan ke atas,” katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2022 negeri di SMK Sacred Heart Sibu di sini hari ini.

Tambahnya, PNGK keseluruhan bagi negeri Sarawak tahun lalu ialah sebanyak 2.75, meningkat 0.04 peratus berbanding PNGK hanya 2.71 pada STPM 2021.

Malah katanya, PNGK tahun lalu adalah antara PNGK terbaik dalam sedekad sejak sistem modular STPM diperkenalkan.

“Bagi STPM 2022, 10 pelajar telah dipilih sebagai calon terbaik STPM,” ujarnya.

Menurutnya antara nama pelajar tersebut ialah Chan Jia Wei (SMK Green Road), Alicia Tnay Ai Xian (SMK Green Road), Chung Yuan Li (SMK Batu Lintang),Chan Xia Tian (SMK Batu Lintang), Chai Jia Xin (SMK Green Road), Leena Chin (SMK Batu Lintang), Khiew Zhi Jie (SMK Green Road), Long Yan Ching (SMK Rosli Dhoby), Ling Kah How (SMK Meradong (A)) andFiona Hon Man Chee (SMK Green Road).

“Dua pelajar berkeperluan khas, Sia Hui Xin dari SMK Sacred Heart dan Imenwell Isak dari SMK Matang Jaya turut mencatatkan keputusan cemerlang,” katanya lagi.

Azhar menambah seramai 5,581 calon telah mendaftar untuk peperiksaan STPM tahun 2022, berbanding 5,769 calon pada STPM 2021.

“Daripada 5,581 calon, 5,577 (99.93 peratus) adalah calon sekolah manakala baki 4 (0.07 peratus) adalah calon persendirian,” katanya.

Secara keseluruhan, kata Azhar kesemua calon sekolah berjaya memperoleh sijil STPM pada 2022 berbanding calon 5,532 (99.8 peratus) pada 2021.

“Daripada 5,577 calon sekolah, 23 (0.42 peratus) lulus kesemua lima mata pelajaran, 3,887 (71.64 peratus) lulus empat mata pelajaran, 855 (15.76 peratus) lulus tiga mata pelajaran dan 394 (7.26 peratus) lulus dua mata pelajaran,” jelasnya.

Sementara itu, katanya lagi seramai 205 calon (3.78 peratus) lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

Azhar juga mendedahkan bahawa 17 sekolah di Sarawak mencapai keputusan cemerlang STPM dengan PNGK melebihi 3.00.

Sekolah-sekolah tersebut ialah SMK Sacred Heart Sibu, SMK Chung Hua Sibu, SMK Bako Kuching, SMK Bandar Sibu, SMK Green Road Kuching, SMK Batu Lintang Kuching, SMK Saribas Betong, SMK Kampung Nangka Sibu, SMK Rosli Dhoby Sibu, SMK Petra Jaya Kuching, SMK St Thomas Kuching, SMK Durin Sibu, SMK Sungai Merah Sibu, SMK Pending Kuching, SMK Methodist Sibu, SMK Pusa Betong, dan SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor Kuching.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan