Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Polis Sarawak catat rampasan dadah RM127.6 juta pada Januari dan Jun

BySalasiah Safian

KUCHING, 13 Julai: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak merekodkan rampasan pelbagai jenis dadah bernilai RM127.6 juta dalam tempoh 1 Januari hingga 30 Jun ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata dalam tempoh berkenaan, polis merekodkan 5,655 tangkapan.

Menurutnya, untuk tempoh 10 hingga 12 Julai lalu, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM48,217.50 menerusi Operasi Tapis Khas Siri 3/2023.

Rampasan dadah tertinggi bagi operasi kali ini adalah di daerah Miri iaitu bernilai RM20,894.00 diikuti Kuching (RM4,959.00) dan Padawan (RM3,960.00).

Rampasan adalah termasuk dadah jenis syabu 132.04 gram, ketamin 6.03 gram dan satu batang pokok ganja.

“Keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh seramai 672 orang penagih,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sebanyak 163 serbuan dan 364 pemeriksaan di kawasan aktif, perumahan, rumah kedai, kampung serta pelbagai tempat disyaki digunakan untuk aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan, 324 orang ditangkap di atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pecahan jantina ialah 303 orang lelaki dan 21 orang perempuan, berusia di antara 14 hingga 56 tahun,” katanya.

Menurutnya lagi, sembilan penagih tegar telah diambil tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun dan sebatan tidak lebih dari tiga sebatan jika disabitkan kesalahan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan