Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Abdullah Saidol bersama hos Najib Imran dan Zhahrulniza Awang. Foto: Saibi Gi

Perpaduan masyarakat dan kestabilan politik antara kejayaan terbaik Sarawak – Abdullah

BySaibi Gi

KUCHING, 13 Julai: Perpaduan yang kekal kukuh antara pelbagai kaum dan agama serta kestabilan politik merupakan kejayaan paling bernilai untuk diraikan sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol berkata toleransi, persefahaman dan keharmonian masyarakat Sarawak yang paling majmuk di Malaysia adalah ciri paling istimewa yang perlu diraikan.

Malah, warga Sarawak wajar sama-sama berazam memperkukuhkan keindahan itu di bumi kenyalang.

Menurutnya, kestabilan politik dan perkhidmatan awam Sarawak yang cemerlang harus juga dihargai sebagai faktor penting dalam usaha membina masa depan terbaik untuk Sarawak dan generasi akan datang.

“Kehidupan masyarakat yang akrab dengan penampilan pelbagai budaya yang lembut dan cantik seharusnya menjadi kebanggaan setiap anak jati Sarawak.

“Semangat yang ingin kita semai dan pupuk dalam perayaan ulang tahun kemerdekaan Sarawak pada kali ini ialah pembinaan kekuatan jati diri dan patriotik terutama di kalangan warga muda yang akan mewarisi nasib dan masa depan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi program bual bicara Dialog TVS yang disiarkan menerusi TVS saluran 122 Astro dan MYTV, malam ini.

Menurutnya, Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka merupakan peluang terbaik untuk mengimbas kembali perjuangan dan pergorbanan setiap individu anak jati Sarawak di pelbagai lapisan masyarakat dan pekerjaan seperti posmen, jururawat, pasukan keselamatan, warga tani dan nelayan hinggalah sahabat kita yg mengurus pembuangan sampah dan ramai lagi yang perlu didendang.

“Dalam kita meraikan tarikh penting ini (22 Julai) kita ingin mengingat serta mengimbau terutana generasi sekarang dan muda perjalanan melalui banyak cabaran pada masa lampau untuk membina Sarawak, kebebasan dan keamanan yang kita nimati sekarang ini,” jelasnya.

Pembangunan dikecapi Sarawak pada masa ini bukan satu perkara yang mudah, ia memerlukan visi jelas para pemimpin ke arah mencapai status negeri maju.

“Apa yang kita kecapi sekarang bukan satu perkara yang mudah, ia memerlukan visi yang jelas supaya Sarawak mencapai status negeri maju,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan