Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak menyasarkan 100 peratus atau seluruh kawasan negeri ini sepenuhnya mendapat bekalan air dan elektrik menjelang 2030, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi. Foto: Bernama

Pembinaan BCCK kedua siap menjelang 2026 – Julaihi

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 13 Julai: Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) kedua dijangka siap menjelang tahun 2026, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Menurutnya, fasiliti BCCK baharu itu akan digunakan untuk penganjuran acara dan persidangan berskala besar dan bertaraf antarabangsa.

“Kerajaan Sarawak mempunyai perancangan membina BCCK kedua yang mana berdasarkan taklimat dengan Premier Sarawak tadi, ia bakal siap pada 2026.

“Maknanya, sekiranya kita dapat menganjurkan Kongres dan Pameran Air Sedunia di Kuching pada 2028 nanti, kita mempunyai ‘venue’ yang mencukupi, selain daripada BCCK yang kita miliki sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai menemani delegasi daripada Persatuan Air Malaysia (MWA) dan Persatuan Air Antarabangsa (IWA) melakukan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi dan Presiden MWA, Dr. Ir Mohmad Asari Daud.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), Eric Van Piggelen memaklumkan BCCK baharu yang akan dibina adalah berdekatan dengan lokasi sedia ada serta dijangka siap sekitar empat hingga lima tahun lagi.

Menurut beliau, bangunan baharu itu mampu menampung 10,000 hingga 15,000 orang dalam suatu masa.

Beliau menjelaskan, langkah untuk membina BCCK kedua bertujuan menjadikan Sarawak mampu berdiri setaraf dengan pemain hebat dalam industri penganjuran majlis di peringkat global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan