Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (tiga kanan) berjabat mesra dengan Pengarah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Mohamed Khaidir Abang (dua kanan) selepas merasmikan Seminar Bandaraya Rendah Karbon di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK). Foto: TVS

Pandu kereta mesra alam, inisiatif segarkan udara – Dr Abdul Rahman

ByRegina Lee

KUCHING, 13 Julai: Masyarakat disaran untuk melakukan perpindahan teknologi bagi memastikan kesegaran udara termasuk inisiatif beralih kepada penggunaan kenderaan mesra alam, kata Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) itu berkata cadangan berkenaan adalah seiring dengan aspirasi pihak Kementerian Alam Sekitar untuk jadikan Malaysia sebagai sebuah negara rendah karbon menjelang tahun 2050.

“Dengan adanya perpindahan teknologi ini, kita boleh menggunapakai kenderaan hidrogen dan kenderaan elektrik dengan lebih meluas.

“Kita sudah ada wakil dari kerajaan Sarawak yang telah berbincang dengan negara-negara pengeluar kereta mesra alam seperti Korea dan Jepun mengenai usaha ini, di samping boleh mengurangkan harga kenderaan tersebut agar boleh dimiliki oleh rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Seminar Bandaraya Rendah Karbon di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, inisiatif itu tidak hanya memfokuskan kepada pelaksanaan hidrogen dan elektrik sebagai pengganti bahan api kepada kenderaan pada masa akan datang, namun kata beliau turut memberi tumpuan kepada industri perdagangan karbon yang diusahakan oleh kerajaan negeri sekarang.

“Kita pastikan dari segi proses pelepasan karbon dioksida ke udara dapat ditangani dengan baik melalui industri perdagangan karbon yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Sarawak melalui saranan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Penggunaan hidrogen ini dapat kita laksanakan dalam skala besar di Sarawak, agar Sarawak boleh menjadi negeri yang rendah karbon terawal pada masa akan datang,” ujarnya.

Untuk rekod, penganjuran Seminar Bandaraya Rendah Karbon merupakan salah satu program pengisian sempena Bulan Kebersihan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan topik yang dibentangkan dalam seminar itu adalah seiring dengan hala tuju kerajaan negeri memacu pembangunan sosioekonomi yang mampan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan