Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
TM menjelaskan pelanggaran data tidak menjejaskan sebarang maklumat kewangan pelanggan.

Langkah bendung isu pelanggaran data sudah diambil – TM 

ByDayu Adruce

KUCHING, 13 Julai: TM mengesahkan telah mengambil langkah perlindungan berkaitan pelanggaran data melibatkan butiran peribadi pelanggan perkhidmatan internet Unifi. 

TM menjelaskan, pelanggaran data tersebut tidak menjejaskan sebarang maklumat kewangan pelanggan. 

Syarikat telekomunikasi itu berkata pihaknya telah mengambil langkah proaktif untuk melindungi data di seluruh platformnya. 

“TM juga telah mengingatkan supaya pelanggan berhati-hati dengan taktik pancingan data termasuk penipuan dalam talian, pautan yang mencurigakan dan panggilan telefon yang tidak diminta,” kata TM menerusi kenyataan, hari ini.

TM juga telah melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa yang berkaitan iaitu Pusat Koordinasi & Perintah Siber Kebangsaan (NC4), Jabatan Privasi dan Perlindungan Data (JPDP); dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). 

“TM memberi jaminan kepada semua pelanggannya bahawa perkhidmatan Unifinya kekal beroperasi sepenuhnya tanpa kesan kepada penggunanya,” katanya dalam kenyataan itu. 

Terdahulu, TM telah mengumumkan pihaknya mengalami pelanggaran data yang menjejaskan 250,248 pelanggan Unifi Mobile selepas pangkalan data mendakwa mempunyai 2.7 juta penyertaan yang diperoleh daripada laman web Unifi bersama-sama dengan akses pentadbir ke bahagian belakang laman web Unifi. – TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan