Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wanita berkenaan memindahkan RM2.5 juta ke dalam 24 akaun berbeza dalam tempoh dua minggu. Foto hiasan: Envato

Baru kenal dua minggu, tidak teragak-agak pinjamkan RM2.5 juta

PENAMPANG, 13 Julai: Seorang pembantu pengurus syarikat swasta mengalami kerugian RM2.5 juta selepas terjerat dalam sindiket ‘Love Scam’ menerusi laman sosial.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata wanita berusia 46 tahun itu berkenalan dengan seorang lelaki menerusi Instagram sejak April lepas.

Datuk Jauteh Dikun sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di Penampang, hari ini. Foto: TVS

Menurutnya, hasil siasatan mendapati mangsa mengenali individu yang mendakwa sebagai lelaki muda dari Korea sebelum hubungan antara mereka menjadi lebih intim.

“Dua minggu selepas perkenalan mereka, wanita terbabit meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada lelaki berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, di sini, hari ini.

Jauteh berkata, suspek turut meluahkan masalahnya kepada mangsa bahawa syarikatnya dalam bidang minyak dan gas mempunyai masalah dan meminta pengadu memindahkan wang bagi urusan pembelian barang-barang syarikatnya.

“Disebabkan terlalu percaya kepada suspek, mangsa bersetuju dan membuat pembayaran secara berperingkat sebanyak 41 kali dalam tempoh dua minggu.

“Sepanjang tempoh terbabit, mangsa sudah memindahkan RM2.5 juta ke dalam 24 akaun berbeza,” katanya.

Beliau berkata mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas wangnya tidak kembalikan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan termasuk mengenal pasti pemilik akaun yang terbabit dalam transaksi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan