Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perhimpunan bulanan PDRM bagi bulan Julai di padang kawad, IPK Kuching pada hari ini. Foto: TVS

Warga PDRM digesa tingkat mutu kerja elak perspektif negatif

KUCHING, 12 Julai: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa terus meningkatkan mutu kerja dengan menjaga nama baik pasukan dan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat bagi mengelak perspektif negatif selaras dengan hasrat kerajaan.  

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, isu seperti integriti dan rasuah harus dihakis dalam usaha menjaga nama baik dan imej pasukan kontinjen polis.

“Meskipun pelbagai kejayaan dan pencapaian telah kita lakarkan, isu integriti dan rasuah kekal menjadi sebab utama wujudnya persepsi negatif di kalangan masyarakat terhadap PDRM.

Sehubungan itu, stigma tersebut perlu dihakis sedikit demi sedikit agar maruah serta nama baik pasukan PDRM terus kekal terpelihara.

“Justeru itu, tembok integriti perlu diperkukuhkan dalam diri agar kita terhindar daripada amalan rasuah, salah guna kuasa dan salah laku jenayah yang boleh melunturkan semangat ‘espirit de corps’ dan sistem kerja yang sistematik khususnya di peringkat pelaksanaan dan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perhimpunan bulanan bagi bulan Julai di padang kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) Kuching, di sini pada Rabu.

Menurutnya, sebagai usaha meningkatkan persefahaman dan mengeratkan silaturahim antara polis dan serta masyarakat, pelbagai pendekatan perlu dilakukan termasuk kaedah berinteraksi secara bersemuka dengan orang awam di peringkat akar umbi dalam menjamin kemakmuran masyarakat setempat.

“PDRM perlu mengekalkan relevansi untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat kerana setiap peringkat pegawai dan anggota perlu mengubah cara perkhidmatan daripada pendekatan yang berkonsepkan penguatkuasaan semata-mata kepada pendekatan kepolisan masyarakat atau ‘community policing’.

“Hal tersebut adalah untuk mengutamakan perhubungan yang baik dengan masyarakat agar masyarakat juga turut terlibat sama dalam tanggungjawab mengekalkan keamanan dalam komuniti dan di lokasi masing-masing,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Dato Mancha Ata serta isteri yang juga Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis PERKEP Kontinjen Sarawak, Datin Jennita William.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan