Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan lima lelaki dan merampas sejumlah rokok putih disyaki seludup bernilai RM750,000 termasuk cukai dalam Op Kontraban, semalam. Gambar hiasan. Foto Envato

Suami ditahan, bakar isteri hingga meninggal dunia

MANJUNG, 12 Julai: Polis memberkas seorang lelaki bagi membantu siasatan susulan isterinya meninggal dunia akibat dibakar dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Baharu di sini pada Selasa.

Suspek diberkas polis kira-kira pukul 11 malam tadi di sebuah restoran makanan laut di Lumut di sini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner (ACP) Mohamed Nordin Abdullah berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan daripada kakak suspek kira-kira pukul 6.40 petang Isnin yang memaklumkan kejadian itu.

Ujarnya, menurut saksi, adiknya berusia 28 tahun itu didakwa telah membakar isterinya berusia 33 tahun.

“Siasatan mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa dan keluarganya kerana menuduh dia mengambil dadah.

“Mangsa yang melecur dirawat di Hospital Seri Manjung sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.20 tengah malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mohamed Nordin berkata bedah siasat ke atas mayat mangsa akan dibuat esok bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

“Suspek pula telah direman selama seminggu bermula hari ini bagi siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana mambunuh,” jelasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan