Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Urusan dan Ketua Perbankan Pelaburan OCBC Bank, Tan Ai Chin menyerahkan kontrak penyertaan dan penajaan sebagai Rakan Kongsi Institusi Kewangan Eksklusif untuk APGH 2024 kepada Tan Sri Asmat Kamaludin, sambil disaksikan Dr Hazland Abang Hipni dan Datuk Dr. M Gandhi. Foto: UKAS.

Sarawak tuan rumah Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2024

ByDayu Adruce

KUCHING, 12 Julai: Sarawak bakal menjadi tuan rumah bagi Persidangan dan Pameran Hidrogen Hijau Asia Pasifik (APGH) 2024 pada 11 hingga 13 Jun 2024 di di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) sekali gus menjadikan negeri ini sebagai hub hidrogen hijau negara.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis APGH akan menjadi perintis ekonomi Hidrogen Hijau di rantau Asia Pasifik serta komited ke arah peralihan tenaga menjelang 2030.

“Persidangan dan pameran ini merupakan acara pertama seumpamanya yang penting untuk Sarawak, dan akan mempamerkan potensi Sarawak sebagai hab dunia bagi pengeluaran dan pembabgunan hidrogen hijau pengeluaran yang akan memulakan ekonomi hidrogen,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Hipni selaku wakil Premier Sarawak di Majlis Pelancaran Hidrogen Hijau Asia Pasifik di Kuala Lumpur, pada Rabu.

Dalam pada itu, Abang Johari meyakini permintaan terhadap hidrogen hijau akan meningkat apabila negara-negara di seluruh dunia akan untuk menyahkarbon ekonomi mereka. 

 “Di rantau Asia Pasifik, permintaan untuk hidrogen hijau dijangka meningkat sebanyak 50 peratus setiap tahun dalam dekad yang akan datang.   

“Justeru itu, terdapat keperluan untuk meningkatkan pembangunan dan pembinaan loji Hidrogen Hijau di Sarawak,” ujarnya. 

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa projek hidrogen Sarawak kini dalam peringkat FEED dan Keputusan Pelaburan Akhir (FID) dirancang untuk tahun depan. 

Jelasnya, APGH 2024 juga akan menghimpunkan pakar terkemuka dari seluruh dunia untuk berbincang perkembangan terkini berkaitan hidrogen hijau.

Selain itu, APGH 2024 juga akan menyediakan platform untuk perniagaan untuk rangkaian dan meneroka peluang untuk kerjasama. 

Sehubungan itu, beliau berharap golongan belia dapat memanfaatkan platform yang disediakan terutamanya dalam bidang tenaga bersih, peralihan tenaga dan dalam Hidrogen Hijau. 

Persidangan dan pameran itu dijangka akan dihadiri 100 orang peserta pameran, 500 delegasi persidangan dan 4,000 pelawat perdagangan.    

APGH 2024 itu akan dianjurkan oleh Borneo Business Connect Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak dan Acara Perniagaan Sarawak.   

Untuk maklumat lanjut, layari www.hydrogenapac.com -TVS 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan