Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Royal Kuching Cruise di Tebingan Kuching di sini, pada Rabu. Foto: Faitullah Morni

PRN di enam negeri tidak gugat Kerajaan Perpaduan – Abdul Karim

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 12 JULAI: Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan berlangsung dalam masa terdekat diyakini tidak menggugat kedudukan kerajaan perpaduan, kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau menegaskan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap akan meneruskan sokongan terhadap kerajaan yang mentadir ketika ini.

“GPS akan meneruskan sokongan kepada Kerajaan Persekutuan, walau apapun keputusan PRN di enam negeri selepas ini.

“Bagaimanapun kita berharap agar rakan-rakan kita yang kita sokong memenangi PRN tersebut,” kata beliau.

Abdul Karim yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran Royal Kuching Rruise di Tebingan Sungai di sini, pada Rabu.

Terdahulu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negera pada Selasa.

Menurut Anwar dalam hantaran di Facebook berkata, mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan perihal kerjasama dan gerak kerja menghadapi pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan