Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (duduk, tengah) mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Menara Dato’ Onn Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) yang turut dihadiri Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (duduk dua, kiri), Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (duduk dua, kanan) dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor (duduk, kiri) serta barisan kepimpinan parti-parti yang lain. Foto: Anwar Ibrahim (FB).

PM beri amaran terakhir kepada pihak main isu 3R

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran terakhir kepada mana-mana pihak supaya tidak mengeksploitasi isu 3R dengan menyentuh kaum, agama dan institusi diraja yang boleh memecah-belahkan negara.

Beliau berkata, pemantauan tanpa berkecuali akan dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Polis Diraja Malaysia.

“Ini amaran terakhir daripada kerajaan sebab saya selaku Perdana Menteri tidak ada pilihan kerana desakan dalam kalangan ahli fikir dan untuk pertahankan keselamatan negara. Ini mengatasi kepentingan.

“Orang-orang tertentu merasakan kedudukan mereka itu terlalu tinggi dan hebat tidak mungkin terdakwa ataupun tercabar.

“Negara tidak boleh begitu, kita tidak boleh pandang dan pilih kedudukan pangkat, keturunan atau kekayaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam tadi.

Anwar berkata, negara tidak akan kekal stabil sekiranya perkara tersebut dibiar dilakukan oleh pihak yang terdesak dan sanggup berbuat apa sahaja hanya untuk mempertahan kuasa atau mencari pengaruh baharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan