Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman), Dato’ Dr Juanda Jaya, merakam kenangan bersama para peserta pada Majlis Perasmian Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat Siri 3/2023 di Hotel Imperial Palace pada hari ini. Foto: TVS.

KMKK sentiasa pantau pembangunan projek kerajaan – Juanda

MIRI,12 Julai: Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) diingatkan untuk sentiasa memantau pembangunan projek kerajaan yang dilaksanakan di kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman), Dato’ Dr Juanda Jaya meyakini bahawa peranan KMKK akan memastikan projek-projek pembangunan kerajaan berjalan dengan lancar.

“Saya minta KMKK mengambil peranan membantu kerajaan memantau pelaksanaan projek di kawasan masing-masing.

Bantu pihak Pejabat Residen dan agensi-agensi terlibat yang datang bawa projek kerajaan di kawasan sendiri. Pastikan projek-projek berkenaan berjalan sebagaimana yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kursus Modul Integriti Kepimpinan Masyarakat Siri 3/2023 di Hotel Imperial Palace di sini, pada Rabu.

Juanda menambah, KMKK merupakan golongan pemimpin yang lebih arif dan dekat tentang keperluan masyarakat di kawasan mereka bagi memastikan penduduk yang menerima bantuan kerajaan adalah layak dan mencapai sasaran kerajaan.

“KMKK adalah orang yang paling tahu keperluan masyarakat di peringkat akar umbi. Jadi peranan KMKK sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, bantu kerajaan dan agensi kerajaan memastikan peruntukan pembangunan dan sebagainya akan sampai kepada rakyat atau kumpulan sasaran.

“Ini fokus kita dalam intergriti kita iaitu pentadbiran yang baik dan betul. Yang terima bantuan betul-betul layak terima bantuan,” ujarnya.

Juanda juga menegaskan agar KMKK mengutamakan mesyuarat di peringkat akar umbi sekali gus membawa masuk anak muda ke dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi berkongsi idea yang boleh membantu meningkatkan taraf hidup kampung masing-masing.

Terdahulu seramai 30 peserta menyertai kursus hari ini termasuk 15 orang KMKK dari daerah Miri dan 15 KMKK dari daerah Subis.

Kursus berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman KMKK berhubung konsep etika dan integriti termasuk peranan mereka sebagai pemimpin masyarakat dan sebagai ikon kepada penduduk setempat. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan