Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa yang cedera dibawa anggota APM Limbang mendapatkan rawatan di Hospital Limbang. Foto: APM Limbang

Dasar Pendidikan Digital Negara akan dilaksanakan segera – Fadhlina

ByBernama

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Dasar Pendidikan Digital Negara telah mendapat persetujuan Jemaah Menteri untuk dilaksanakan segera bagi memastikan kefasihan digital dalam kalangan guru, murid dan pemimpin sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, bagi menjayakan dasar itu Kementerian Pendidikan (KPM) telah pun memulakan usaha dengan memberi tumpuan memperbaiki infrastruktur dan memperkemas ekosistem digital di sekolah-sekolah.

“KPM bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam meningkatkan infrastruktur serta ekosistem digital di sekolah dan untuk permulaan 3,600 sekolah sudah mendapat manfaat daripada projek PoP (Point of Presence) KKD,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) 2002, di Auditorium Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, di sini pada Selasa.

Menurut Fadhlina kementerian meletakkan sasaran yang tinggi untuk mengurangkan jurang digital di antara sekolah-sekolah tidak kira sekolah agama, sekolah pinggir bandar, sekolah kurang murid.

Sementara itu, katanya, KPM memberi tempoh tiga bulan kepada setiap sekolah untuk menyelesaikan masalah penyelenggaraan tandas dengan menyalurkan peruntukan sebanyak RM70,000 setiap sekolah.

Fadhlina berkata, kementerian kini sedang dalam proses mengagihkan bantuan tersebut yang diharap akan membantu memberi impak yang lebih baik kepada kebersihan tandas sekolah.

Sementara itu pada majlis berkenaan Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Voules Johor diumumkan pemenang Anugerah Pendidikan Digital Kategori Emas bagi Sekolah Kurang Murid Terbaik sementara Pejabat Pendidikan Daerah Bintulu diumumkan pemenang kategori Pejabat Pendidikan Daerah Terbaik.

Kategori Jabatan Pendidikan Negeri terbaik dimenangi Perlis.

Majlis DUTA merupakan usaha KPM dalam memberikan penghargaan dan pengiktirafan yang tertinggi kepada murid, guru sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri atas pemerkasaan penggunaan teknologi secara inovatif, kreatif dan beretika dalam pengajaran dan pembelajaran selain melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan