Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa jalan utama di pusat bandar raya ini akan ditutup bersempena acara raptai dan perarakan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka. Foto: UKAS

Beberapa jalan utama di Kuching ditutup sempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka

ByAkma Salleh

KUCHING, 12 Julai: Beberapa jalan utama di pusat bandar raya ini akan ditutup bersempena acara raptai dan perarakan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka, bermula 18 hingga 22 Julai 2023.

Lokasi jalan yang terlibat adalah persimpangan Jalan Main Bazaar / Lebuh Wayang, Jalan Gambir, Jalan Tun Abang Haji Openg menuju ke Padang Merdeka, Jalan Wawasan , lampu isyarat RTM, Jalan Satok, lampu isyarat Sekolah Kebangsaan (SK) ST Mary’s dan Jalan Mc Dougall menuju ke Padang Merdeka.

Menurut Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), acara raptai yang akan diadakan pada 18 hingga 20 Julai melibatkan penutupan jalan bermula pada jam 6.30 pagi hingga acara berkenaan selesai.

Manakala pada penutupan jalan pada hari perarakan Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka iaitu pada 22 Julai ini akan bermula jam 5.30 pagi sehingga program selesai.

Sementara itu, UKAS turut memaklumkan, terdapat enam lokasi tempat meletak kenderaan untuk orang awam yang ingin menghadiri perarakan tersebut.

Lokasi tersebut adalah, Resevoir Park, Taman Budaya, Green Hill, Bangunan Saujana, Medan Letak Kereta Top Spot dan Dewan Suarah.

Bersempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka tahun ini, UKAS turut memberitahu pelbagai acara berskala besar telah dirancang bagi memeriahkan dan mewarnai sambutan bertemakan ‘Sarawak Maju Makmur’.

Turut dimuatkan dalam senarai acara ialah Konvoi Sarawak Merdeka yang bermula dari Limbang pada 28 Mei lepas, Majlis Jamuan Negeri, konsert rakyat, persembahan bunga api, perarakan kapal berhias dan perarakan mega di Padang Merdeka sebagai acara kemuncak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan