Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto Envato.

Bayi setahun 10 bulan positif syabu, ibu ditahan

TAIPING, 12 Julai: Polis menahan seorang wanita susulan bayi perempuannya yang berusia setahun 10 bulan disahkan positif dadah jenis syabu selepas dihantar ke rumah neneknya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, penahanan dibuat selepas mendapat laporan daripada pegawai perubatan di Hospital Taiping, semalam.

Menurutnya bayi malang itu dikatakan telah dihantar ke rumah nenek oleh ibunya kerana mahu membeli barang keperluan di kedai runcit berdekatan.

“Ketika mangsa mahu tidur, tiba-tiba dia menangis dan menunjukkan tingkah laku tidak terkawal sebelum dihantar ibunya ke hospital.

“Pegawai perubatan Hospital Taiping kemudian memaklumkan kepada polis bahawa budak tersebut disyaki positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sejurus itu, katanya polis menahan ibu mangsa dan ujian saringan awal air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Razlam mendedahkan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan