Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
John Anak Rampai (dua, kiri) merakam gambar bersama sebahagian dari peserta kursus Seminar Pemerkasaan Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Foto: TVS

Bahaya botol plastik terhadap alam sekitar, tema Hari Alam Sekitar Dunia

KUCHING, 12 Julai: Bahaya botol plastik terhadap alam sekitar dititikberatkan berikutan permasalahan itu diangkat menjadi tema kepada sambutan Hari Alam Sekitar Dunia  (WED) tahun ini iaitu ‘Beat Plastic Solution’.

Pengarah Negeri Sarawak John Anak Rampai berkata bahaya plastik apabila dibakar akan membebaskan gas beracun yang boleh mencemar udara dan memberi kesan kepada kesihatan manusia dan juga ekologi lain.

“Manakala sisa plastik yang dibuang ke laut atau sungai boleh mencemarkan dan memusnahkan hidupan laut. Bahan kimia yang meresap masuk ke dalam badan ikan boleh memudaratkan kesihatan manusia apabila memakannya,” katanya.

John berkata demikian pada Seminar Pemerkasaan Pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di sebuah hotel terkemuka di sini, pada Rabu.

Menurut John, objektif seminar hari ini bertujuan untuk membimbing pemain industri kilang kelapa sawit di seluruh Sarawak agar mematuhi secara berterusan pengurusan alam sekitar dan menjadi komuniti yang dikawal seperti yang terkandung di dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 seksyen 49A berhubung istilah ‘orang berwibawa’.

“Sejak kewujudan seksyen 49A maka bermulalah langkah atau usaha di pihak kerajaan atau di pihak industri supaya kawalan pematuhan kendiri ini dilaksanakan di pihak industri.

“Selain itu seminar ini menjadi medium dan platform komunikasi diantara pihak industri dan Jabatan Alam Sekitar bagi membincangkan segala permasalahan dan isu berkaitan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974,” ujarnya.

Dalam pada itu, seminar berkenaan, menurut John lagi ia merupakan keseinambungan daripada sambutan WED yang berlangsung pada 5 Jun lalu.

Sambutan tersebut kata John telah dihadiri seramai 200 pemain industri kilang kelapa sawit daripada 86 buah kilang kelapa sawit seluruh Sarawak.

Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Kanan (Bahagian Operasi) JAS Negeri Sarawak Ts Mohamad Zaihan Lek, Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Pembangunan) JAS Negeri Sarawak Ts Mirza Zainudin dan Ketua Penolong Pengarah Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) Ts Zaidi Awang @ Mohamed. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan