Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah), Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Sebastian Ting (kiri) dan Pengarah Festival AIFFA, Livan Tajang (kanan). Foto: AIFFA 2023.

AIFFA 2023 himpun 10 negara serantau ASEAN

ByOdleen Catherny

KUCHING, 12 Julai: Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2023 menjadi platform menghimpunkan 10 negara ASEAN melalui filem.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, AIFFA memberi peluang kepada orang ramai untuk merasai kisah masing-masing dan menyedari persamaan dalam kalangan negara yang hadir.

Menerusi kenyataan media yang dikongsi hari ini, AIFFA telah menjadi platform luar biasa yang menghubungkan idea filem dan komuniti industri filem, memanfaatkan pasaran berpotensi besar yang ditawarkan oleh 600 juta penduduk ASEAN.

“Filem-filem yang dihasilkan bukan sahaja bergema di dalam ASEAN tetapi juga meluaskan jangkauan mereka ke luar, berfungsi sebagai alat promosi untuk pelancongan di negara masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Lebih 120 penggiat seni dari 10 negara anggota ASEAN iaitu dari Filipina, Indonesia dan Malaysia akan menyertai Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA) 2023 bagi merebut peluang merangkul Anugerah AIFFA 2023.

“Calon-calon akan diumumkan pada malam pembukaan pada Rabu, 2 Ogos ini. Pemenang 12 anugerah berprestij yang ditawarkan hadiah trofi pula akan berlangsung pada malam gala Jumaat, 4 Ogos 2023,” jelas kenyataan lagi.

Penganjuran AIFFA 2023 yang keenam kalinya di Sarawak akan kembali diadakan secara fizikal antara 2 hingga 4 Ogos depan di Kuching.

Sebagai tambahan kepada majlis anugerah, festival itu akan menganjurkan tayangan filem percuma selama tiga hari bagi filem-filem yang disenarai pendek di Old Courthouse.

Tahun ini juga peminat filem boleh menjangkakan pengumuman seorang lagi bintang skrin perak pada Khamis, 20 Julai apabila filem pembukaan, Sumpahan Jerunei, ditayangkan di Golden Screen Cinema di The Spring, Kuching.

Turut berlangsung sempena festival nanti adalah Pertandingan Filem Pendek Antara Universiti ASEAN Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang diuruskan oleh ASEAN PR Network di Jakarta dan penerbit AIFFA, World Communications.

Dalam kenyataan berkaitan, Pengerusi APRN, Ibu Prita Kemal Gani berkata, kerjasama baik rakan kongsinya, World Communications dengan Sarawak menjadikan dunia pembikinan filem lebih kecil dan dekat.

Pihaknya menggalakkan penyertaan pelajar filem dalam mempromosikan SDG sebagai filem pendek dengan menghasilkan karya kreatif dan filem hebat yang boleh dibanggakan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan