Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemangku Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang menyerahkan sijil kepada salah seorang KMKK sambil disaksikan ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing. Foto: TVS

51 KMKK Meradong terima sijil lantikan

BINTANGOR, 12 Julai: Seramai 51 orang Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) masing-masing menerima surat lanjutan pelantikan perkhidmatan di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Meradong, hari ini.

Majlis berkenaan turut menyaksikan pelantikan empat ketua masyarakat baharu bagi Rumah Rami Ulu Meradong, Rumah Stanley Sungai Buloh, Rumah Jonbathan Ugek Sungai Janting dan Rumah Untin Sungai Nasau.

Majlis penyerahan sijil lantikan disempurnakan Pemangku Pegawai Daerah Meradong, Thomas Geoffrey Kendawang, disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing.

Datuk Ding Kuong Hiing yang merasmikan majlis itu berharap semua yang menerima lantikan menunaikan amanah dengan sebaik-baiknya demi kebajikan dan kesejahteraan penduduk di bawah jagaan masing-masing.

“KMKK berperanan penting sebagai mata dan telinga kerajaan untuk memastikan isu di peringkat akar umbi diselesaikan dengan baik.

“Selain itu, mereka juga barisan hadapan dalam menyampaikan maklumat ataupun menyalurkan isu rakyat kepada agensi kerajaan,” katanya.

Beliau berharap KMKK berkhidmat dengan dedikasi dan ikhlas bagi memastikan pembangunan dicapai ke seluruh kawasan termasuk kampung mereka.

“Sebagai contoh dan individu teladan yang baik kepada masyarakat, mereka juga harus sentiasa menjaga imej baik kerana bukan hanya mewakili penduduk tetapi juga kerajaan,” katanya. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found