Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah pada sidang media mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) di Wisma Wanita, Petra Jaya, Kuching pada Isnin. Foto: TVS

Wacana Bestari Menangani Jenayah Siber didik masyarakat – Fatimah

KUCHING, 11 Julai: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) optimis dalam memerangi jenayah siber yang semakin berleluasa pada ketika ini.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata sebagai peringatan bersama satu pihaknya mengadakan Program Anti Scam iaitu Wacana Bestari Menangani Jenayah Siber dengan objektif memberi pendidikan kepada kumpulan sasaran agar dapat mengelak diri daripada menjadi mangsa kepada jenayah siber khususnya scam.

Menurut Fatimah, pihak yang terlibat adalah Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS), Majlis Pembangunan Sosial Sarawak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Bank Negara Malaysia.

“Apabila membaca akhbar, mesti ada berita mengenai jenayah siber terutamanya scam. Jadi, kami membuat keputusan untuk mengadakan Program Wacana Bestari Menangani Jenayah Siber. Kita akan bekerjasama dengan JWKS, PDRM, Bank Negara dan SKMM untuk melaksanakan program ini.

“Mesyuarat penyelarasan yang pertama bagi program ini akan diadakan pada 17 Julai 2023 bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan lebih lanjut,” katanya pada sidang media mesyuarat Majlis Wanita dan Keluarga Sarawak (MWKS) di Wisma Wanita, Petra Jaya, Kuching pada Isnin.

Katanya, mengikut statistik di Sarawak, seramai 125 juta orang telah menjadi mangsa jenayah siber sejak tahun 2021 sehingga 2022 yang telah menjejaskan simpanan wang hari tua dan wang kecemasan bagi seseorang individu.

“Mengikut statistik di Sarawak, nilai mangsa scam adalah seramai 125 juta orang sejak tahun 2021 hingga 2022,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar masyarakat sentiasa berwaspada agar tidak menjadi mangsa jenayah siber.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan